Saturday 22 September 2012

KEPERCAYAAN

kepercayaan ibarat daun kering yang rapuh..sekali di renyuk,terus hancur da tak mungkin dapat di satukan kembali..

Saturday 30 July 2011

PERMULAAN ALAM


       BIG BANG” FENOMENA PERMULAAN ALAM
Konsep terciptanya alam yang diterangkan oleh para saintis (astrofizik) diterima oleh umum, dan ini dinamakan sebagai fenomena “Big Bang”. ini pula disokong oleh hasil-hasil pemerhatian yang logik dan eksperimen-eksperimen tertentu yang dilakukan oleh para saintis pakar astronomi dan astrofizik sejak kurun terdahulu. Menurut fenomena tersebut (Big Bang), seluruh alam ini dulunya berasal dari satu kumpulan jisim (Primary Nebula). Kemudian terjadi pecahan padanya (Secondary Separation) yang menyebabkan kejadian seluruh galaksi ini. Kejadian ini menyebabkan terbentuknya bintang-bintang, planet-planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal kejadian alam ini sangatlah unikdan kemungkinan alam ini terjadi dengan sendirinya adalah ternafi (dengan sendirinya). Terdapat dalam Al-Quran beberapa ayat yang menceritakan asal kejadian alam ini, diantaranya;
((Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya
( Surah Al-Anbiyaa ‘ : 30)
Sekali lagi, persamaan antara maksud ayat Al-Quran di atas dan fenomena “Big Bang”  sangatlah jelas dan tidak dapat dinafikan
lagi! Fikirkan ; bagaimanakah satu kitab yang muncul (diturunkan) di padang pasir di Arab pada 1,400 tahun dahulu, mengandungi fakta saintifik yang begitu hebat!!
TERDAPAT KUMPULAN ASAP SEBELUM TERCIPTANYA GALAKSI INI
Para saintis mengatakan bahawa sebelum terciptanya galaksi dan alam ini, objek-objek angkasa berada dalam bentuk kempulan asap. Pendeknya, kepulan-kepulan asap yang terdapat di ruang angkasa adalah sangat besar. Dalam ayat Al-Quran di bawah perkataan Arab yang digunakan memberi maksud asap ialah ((Dukhan)).

((Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan bumi
itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata
kepadanya (langit) dan kepada bumi
” Datanglah kamu keduanya menurut
perintah-Ku dengan suka hati atau
terpaksa”. Keduanya menjawab :
“Kami datang dengan suka hati”.))
(Surah Fushshilat: 11)
Untuk perhatian, fenomena ini (Big Bang) tidak diketahui oleh orang Arab pada zaman Nabi Muhammad (S.A.W.) dan zaman sebelum Baginda. Perkara ini juga tidak pernah terfikir oleh mereka. Maka, dari manakah datangnya satu fakta sains (dalam Al-Quran) yang hanya dapat diketahui melalui bantuan peralatan moden ciptaan terkini?
BENTUK BUMI YANG SFERA
Pada zaman dahulu, manusia percaya bahawa bumi adalah  rata. . Ini menyebabkan manusia takut untuk belayar jauh ; takut kalau terjatuh di hujung dunia! Orang pertama yang membuktikan alam ini berbentuk sfera ialah Sir Francis Drake apabila beliau belayar mengelilingi dunia pada tahun 1597.
Cuba perhatikan ayat Al-Quran di bawah yang menceritakan tentang pertukaran malam dan siang yang bersilih ganti.
Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam kedalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. (Surah Luqman : 29)
“Memasukkan” di sini bermaksud Allah S.W.T. menukarkan malam kepada siang dan siang kepada malam secara perlahan-lahan. Fenomena ini hanya boleh berlaku sekiranya dunia ini berbentuk sfera. Jika dunia ini rata, pastinya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam akan berlaku secara tiba-tiba..
Ayat Al-Quran di bawah juga menceritakan tentang dunia yang berbentuk sfera.
Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar  ;  
 Dia   menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam.  (Surah Az-Zumar: 5)
Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah “kawwara” yang maksudnya menutup, sebagaimana serban menutup kepala. Penutupan secara “kawwara” yang bersilih ganti hanya boleh berlaku jika dunia ini berbentuk sfera.
Dunia ini sebenarnya bukanlah bulat seperti bola, tetapi “Geo-Spherical”, dunia ini mendatar di Kutub Utara dan Selatan. Ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran di bawah;
((Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya))(Surah An-Naazi ‘aat: 30)
Perkataan Arab “dahaaha” di sini bermaksud telur burung unta. la juga bermaksud sesuatu yang luas terbentang ( seperti dalam tafsiran, Yusuf Ali). Bentuk telur burung unta pula menyerupai bentuk bumi, iaitu bentuk “Geo-Spherical”.
Oleh itu, Al-Quran dengan tepatnya menjelaskan bentuk sebenar bumi, walaupun manusia pada masa Al-Quran diturunkan mempercayai bahawa dunia ini berbentuk datar.
CAHAYA BULAN ADALAH CAHAYA YANG DIPANTULKAN
Pada zaman dahulu, manusia mempercayai bulan mempunyai cahayanya yang tersendiri. Tetapi, fakta sains moden mengatakan bahawa cahaya bulan sebenarnya cahaya yang dipantulkan. Dan ini menyamai fakta yang terdapat dalam Al-Quran yang diturunkan pada 1,400 tahun dahulu. Ayat Al-Quran yang menceritakan tentang perkara ini ialah:
Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang    dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya. (Surah Al-Furqan : 61)
Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas yang membawa maksud matahari ialah “shams”. la juga dirujuk sebagai “siraaj” yang bermaksud obor dan “wahhaaj” yang bermaksud lampu yang bernyala serta “diyaa” yang bermaksud sinaran (shinning glory). Ketiga-tiga perkataan tersebut adalah sesuai untuk menggambarkan matahari, memandangkan ia (matahari) menghasilkan haba dan cahaya melalui “Internal Combustion”-pembakaran dalaman.
Manakala, perkataan Arab bagi menunjukkan makna bulan ialah “qamar” dan dihuraikan dalam Al-Quran sebagai “Muneer”, yang bermaksud sesuatu yang diberikan cahaya (nur). Sekali lagi huraian Al-Quran menunjukkan kesesuaiannya dengan fakta sains-cahaya bulan adalah cahaya yang dipantulkan. Sehinggakan dalam Al-Quran bulan tidak pernah disebut sebagai “siraaj”, “wahhaaj” ataupun “diyaa” atau  matahari sebagai “nur” dan “muneer”. Ini membuktikan bahawa Al-Quran dapat membezakan sifat matahari dan bulan. laitu matahari menghasilkan cahayanya sendiri dan bulan menerimanya.
Perhatikan ayat di bawah yang membezakan sifat antara matahari dan bulan.
((Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya.)) (Surah Yunus:5) 
Tidakkah     kamu     perhatikan bagaimana Allah  telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? #Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita ? (Surah Nuh : 15-16) 
MATAHARI BERPUTAR (DIATAS PAKSINYA)
Pada zaman dahulu, ahli falsafah dan saintis barat percaya bahawa, bumi terletak di tengah (pusat) alam dan setiap objek angkasa termasuklah matahari berputar mengelilingi bumi. Di Barat, kepercayaan ini ( konsep Geocentric) telah diterima-pakai semenjak zaman Ptolemy ( 200 B.C ). Pada 1512, Nicholas Copernicus telah membentangkan teorinya (Heliocentric Theory of Planetary Motion), dan beliau menegaskan bahawa-matahari terletak di tengah-tengah sistem solar dan planet-planet lain mengelilinginya.
Pada 1609, seorang saintis Jerman, Yohannus Keppler telah memperkenalkan “Astronomia Nova” yang mengatakan bahawa planet-planet bukan sahaja bergerak di atas orbit masing-masing mengelilingi matahari, malah mereka juga berputar di atas paksi masing-masing dengan kelajuan yang luar biasa. Maka dengan fahaman ini (Astronomia Nova), para saintis Eropah dapat memberi huraian yang betul tentang mekanisma-mekanisma sistem solar, termasuklah mengenai pergantian malam dan siang yang silih berganti.
Walaubagaimanapun selepas penemuan-penemuan ini, para saintis
13
masih lagi mempercayai bahawa matahari tidak berputar di atas paksinya seperti bumi. Saya masih lagi ingat semasa saya masih bersekolah dahulu, fahaman salah ini masih lagi di ajar.
Mari kita fahami ayat al-Quran di bawah;
((Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya)) • (Surah Al-Anbiyaa: 33)
Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas ialah “Yasbahuun”. Perkataan ini asalnya dari perkataan “sabaha” yang bermaksud pergerakan yang datang dari objek yang bergerak. Kalau ia digunakan untuk seorang manusia di darat – ini bermakna manusia itu sedang berlari / berjalan. Manakala, jika ia digunakan untuk seorang manusia dalam air, ia bererti manusia itu sedang berenang.
Begitulah juga, jika perkataan “Yasbah” digunakan untuk objek-objek angkasa, contohnya matahari, ia memberi 2 makna iaitu ; objek tersebut bukan sahaja bergerak di ruang angkasa, tetapi ia juga berputar atau berpusing (di atas orbitnya). Kenyatan bahawa matahari berputar di atas paksinya boleh dibuktikan dengan suatu alat yang boleh memancarkan cahaya matahari apabila alat tersebut diletakkan di atas meja. Alat ini akan memudahkan manusia mengkaji matahari tanpa merosakkan mata. Melalui alat ini, didapati matahari mengambil masa 25 hari untuk melakukan satu putaran lengkap di atas paksinya.
Tambahan lagi, matahari bergerak dalam orbitnya dengan kelajuan 14
lebih kurang 150 batu sesaat dan akan mengambil masa selama 200 juta tahun untuk melengkapkan satu pusingan dalam “Milky Way Galaxy”
((Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang.Dan masing-masing beredar pada garis  edarnya)) (Surah Yaasin : 40)
Ayat Al-Quran di atas menceritakan tentang fakta yang sangat penting yang ditemui oleh para astronomi moden. Fakta tersebut ialah kewujudan orbit bagi matahari dan bulan, dan juga perjalanan kedua-duanya dalam angkasa dengan gerakan sendiri.
Gerakan matahari ke suatu tempat yang telah “ditentukan”, membawa bersama gerakannya sistem solar, telah dikenal-pasti oleh penemuan astronomi moden. Dan ia dinamakan sebagai “Solar Apex”. Sistem solar sebenarnya bergerak menuju ke suatu titik yang terletak di dalam kumpulan bintang-bintang (Alpha Lyrae) yang telah ditentukan lokasi sebenar.
Manakala, bulan pula bergerak di atas paksinya dengan mengambil masa yang sama untuk mengelilingi bumi. la mengambil masa lebih kurang 29.5 hari untuk melengkapkan satu pusingan.
Pastinya, seseorang individu akan berasa kagum tentang ketepatan Al-Quran di atas dengan fakta sains sekarang. Bukankah kita patut memikirkan tentang “apakah sumber sebenar bagi fakta-fakta pengetahuan yang terkandung dalam Al-Quran?”
 MATAHARI AKAN TERPADAM DENGAN SENDIRINYA SELEPAS SUATU JANGKA MASA
Cahaya matahari sebenarnya terhasil daripada proses kimia di atas permukaannya dan ia berterusan hingga sekarang semenjak 5 bilion tahun yang lampau. Sebagai makhluk Allah, matahari pastinya akan “mati” (padam cahayanya). Cahaya matahari akan terpadam pada satu masa yang ditentukan yang akan menyebabkan kepupusan makhluk di dunia ini. Ayat Al-Quran di bawah ini mengandungi fakta yang mengatakan matahari tidak akan kekal ;
 ((Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketepatan Yang  Maha   Perkasa   lagi  Maha Mengetahui)) (Surah Yaasin : 38)
Perkataan Arab yang digunakan dalan ayat Al-Quran tersebut ialah “mustaqarr” yang bermaksud suatu masa atau tempat yang telah ditentukan. Maka, Al-Quran mengatakan bahawa matahari bergerak / berputar menuju ke suatu tempat dan ia akan berbuat demikian apabila tiba satu masa yang juga telah ditetapkan dan ini bermakna ia akan terpadam dengan sendirinya (pada tempat dan waktu tersebut).
KEWUJUDAN OBJEK-OBJEK ANTARA BINTANG-BINTANG (INTERSTELLAR  MATTERS)
Ruang angkasa selain daripada bintang-bintang dan lain-lain, dulunya dipercayai sebagai ruang vakum. Tetapi ahli saintis ( ahli astrofizik) kemudiannya mengesan kewujudan objek-objek antara
bintang-bintang (bridges of matter). Objek-objek antara bintang-bintang dikenali sebagai plasma. Plasma ialah gas ion yang mengandungi elektron bebas dan ion positif. la (plasma) juga dikenali sebagai objek / bahan keempat, selain daripada pepejal, cecair dan gas. Al-Quran ada menyebutkan tentang kewujudan plasma.
((Yang menciptakan langit dan burni dan apa yang terdapat antara keduanya))         (Surah Al-Furqaan ; 59)  
Kita semua mengetahui bahawa kewujudan plasma adalah penemuan sains moden, dan pada 1,400 tahun dahulu (semasa Al-Quran diturunkan) tiada seorangpun yang terfikir mengenainya, maka dari manakah datangnya maklumat mengenai kewujudan plasma dalam Al-Quran ?
ALAM YANG SENTIASA BERKEMBANG
Pada tahun 1925, seorang ahli astronomi, bernama Edwin Hubble, telah dapat membuktikan (melalui kajian sains) iaitu galaksi ‘menjauhkan’ antara satu sama lain. Ini merupakan bukti yang jelas bahawa alam sentiasa berkembang. Sekarang, sains moden telah menerima-pakai konsep ini. Allah S.W.T. ada menyebut tentang fenomena ini dalam Al-Quran.
((Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa))
(Surah Adz-Dzaariyaat: 47) 
Perkataan Arab “muusi’uun” diterjemahkan sebagai “sedang berkembang” dan ia merujuk kepada konsep kejadian dan perkembangan alam ini. Tetapi jika diperhatikan kepada tafsir ayat
di atas, pentafsir tidak menyebut tentang alam yang sedang berkembang kerana ini adalah fenomena yang baru diketahui.
Dalam buku “A Brief History of Time” (karangan Stephen Hawking) mengatakan bahawa “penemuan konsep ini (perkembangan alam) membawa kepada perubahan besar terhadap cara pemikiran manusia pada abad ke-20. Walau apapun, apa yang paling menakjubkan ialah Al-Quran telah menyebutkan tentang konsep perkembangan alam sebelum manusia dapat mencipta teleskop!
Sesetengah orang akan membuat alasan bahawa perkara ini tidaklah menakjubkan kerana orang Arab sememangnya mahir dalam bidang astronomi. Walau bagaimanapun, golongan manusia ini lupa/jahil tentang satu perkara yang amat penting iaitu orang Arab maju dalam bidang astronomi selepas mereka beriman kepada Al-Quran dan bukan sebelum itu.

Sunday 26 June 2011

In Teluk Bahang Slideshow

In Teluk Bahang Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ In Teluk Bahang Slideshow ★ to Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Saturday 25 June 2011

Kehidupan

kehidupan di dunia ini bagaikan alam..kehidupan ini bagaikan daun.. meskipun sering ditindas dan sering diabaikan namun semangat untuk meneruskan hidup tidak pernah luntur bak daun yang rosak dimamah ulat namun daun tersebut tidak layu begitu saja, sebaliknya tumbuh pucuk-pucuk baru yang akan meneruskan hidup..  hidup ini perlu diibaratkan seperti lalang yang jika ditiup angin ia akan tunduk menyembah bumi.. jika ujian atau masalah datang melanda.. cara terbaik untuk mengharunginya ialah kembali kepada keimanan seperti lalang yang kembali kepada tanah apabila dilanda angin.. inilah kehidupan....